Sikap kurang kesedaran tentang alam sekitar oleh segelintir masyarakat terutamanya pelancong dari dalam dan luar negara semasa mereka melancong ke suatu tempat. Hal ini bermula apabila mereka melakukan suatu aktiviti semasa mereka melancong seperti membeli-belah, makan-makan, melakukan aktiviti di persisiran pantai dan lain-lain lagi. Aktiviti seperti ini akan mengundang kepada pembuangan sampah-sarap di persekitaran mereka sekaligus dapat mengundang kesan negatif kepada persekitaran mereka. Contohnya, semasa mereka melakukan aktiviti di pantai, secara tidak langsung mereka akan membuang sampah mereka di persisiran pantai seperti tin minuman, botol plastik, plastik makanan dan seangkatan dengannya. Hal ini akan menyebabkan landskap pantai tercemar dengan imejnya yang dipenuhi dengan sampah sarap sekaligus akan memberi impak negatif kepada hidupan marin.
Pembuangan sampah sarap secara berleluasa dan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan merupakan isu utama yang menyebabkan hidupan marin di Pulau Besar, Mersing semakin terjejas seperti terumbu karang, ikan-ikan dan spesis marin yang lain. Pelbagai proses dan aktiviti dari industri seperti pembuangan sisa,rawatan sisa dari pembuatan kosmetik, tekstil dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran plastik yang berleluasa. Hidupan marin merupakan ekosistem yang mendapat impak terbesar hasil daripada pencemaran plastik yang tidak terkawal ini. Serpihan plastik yang sering dijumpai di laut adalah termasuk plastik mikro dan makro. Apakah yang dimaksudkan dengan plastik mikro? Plastik mikro adalah bahan plastik yang bersaiz sangat kecil iaitu kurang dari 5 mm dan kebiasaannya merupakan bahan buangan daripada industri. Ia terhasil daripada sisa buangan plastik yang bersaiz lebih besar dan bertukar menjadi saiz mikro apabila terlibat dengan proses seperti fotodegradasi, fragmentasi dan lain-lain.
Kerosakan terumbu karang di sekitar Pulau Besar di sebabkan oleh aktiviti manusia seperti snorkelling, island hopping dan termasuk juga kesan pencemaran dan peringkat suhu dunia, telah menyumbang kepada kemusnahan batu karang. Selain itu, kerosakkan terumbu karang juga berlaku kerana kurang kesedaran para pelancong mengenai ekosistem hidupan laut dan mereka juga tidak tahu bahawa betapa pentingnya terumbu karang untuk ekosistem di laut. Mereka masih tidak menyedari ketika ini sedang berlakunya kelunturan terumbu karang, atau bahasa mudahnya, terumbu karang mati dengan perlahan-lahan ini juga berpunca daripada peningkatan keasidan air laut yang mendorong kepupusan terumbu karang. Kerosakkan terumbu karang juga boleh menyebabkan kehidupan marin yang lain boleh terjejas. Hali ini kerana, terumbu karang merupakan sumber makanan dan habitat kepada ikan selain menjadikan perlindungan kepada haiwan kecil.
No comments:
Post a Comment