KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya ialah kepada pihak komuniti setempat. Penglibatan komuniti dalam program sukarelawan seperti ini dapat memberi didikan kepada komuniti tentang alam sekitar dan memberi peluang baru kepada mereka dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan.
Selain itu, ia juga penting kepada alam sekitar kita kerana alam sekitar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.
Kajian ini juga penting kepada industry pelancongan kia di Malaysia. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.
No comments:
Post a Comment