AKTIVITI PROGRAM
SNORKELLING
Pada hari pertama program We Love Marine Life, aktiviti yang telah dijadualkan pada waktu pagi iaitu seawal jam 9 pagi ialah snorkelling. Aktiviti tersebut telah dibatalkan kerana cuaca pada pagi tersebut tidak mengizinkan. Hujan tidak henti-henti selepas subuh serta ombak yang kuat menjadi punca utama aktiviti tersebut dibatalkan serta-merta. Aktiviti tersebut telah digantikan dengan persiapan untuk pameran hidupan marin sehingga hujan berhenti.
Aktiviti pada hari kedua bermula pada pukul 9 pagi selepas sarapan pagi iaitu pameran berkaitan hidupan marin. Pameran tersebut terletak di hadapan entrance lobby bagi memudahkan pengunjung yang datang untuk melawat pameran tersebut. Info yang pertama merupakan info mengenai hidupan marin yang terjejas akibat pencemaran di laut. Info yang kedua pula merupakan info mengenai pencemaran plastik, kesan pencemaran plastik, jenis plastik serta langkah bagi mengatasi masalah tersebut. Info yang terakhir pula merupakan info dan gambar mengenai seekor penyu mati yang terdampar di pantai berhadapan banglo resort tersebut.
JUNGLE TREKKING
Aktiviti pada hari pertama Program We Love Marine Life diteruskan dengan aktiviti jungle trekking pada pukul 4.30 petang sehingga pukul 7 petang. Aktiviti ini disertai oleh 17 orang iaitu 6 orang pelancong dari luar negara, 1 orang pelancong tempatan dan 10 orang pelajar politeknik. Aktiviti ini dikendalikan oleh Encik Amin iaitu salah seorang pekerja di Bayu Lestari Island Resort. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi di sekitar Pulau Besar. Trek yang dilalui agak mencabar kerana permukaannya yang tidak rata serta ranting kayu yang mengganggu perjalanan peserta. Kami juga menyelusuri hutan-hutan dan menembusi kawasan pantai yang cantik sehingga ke puncak dimana kami dapat melihat pemandangan air laut yang jernih dan tenang.
GLOW IN THE DARK BOWLING
Aktiviti ini dikendalikan oleh kumpulan Glamping Park Bayu Lestari di kawasan lapang berhadapan pantai. Aktiviti ini memerlukan peralatan seperti botol air, glow stick dan buah kelapa. Peserta yang terlibat bukan sahaja dari kalangan pelancong tempatan tetapi juga melibatkan pelancong dari luar negara yang menyaksikan aktiviti tersebut. Terdapat juga dikalangan mereka yang baru sahaja mengenali dan mencuba permainan tersebut terutamanya pelancong luar negara.
CAMPFIRE
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Aktiviti pertama ialah aktiviti menari mengelilingi unggun api dengan berlatar belakangkan lagu irama Malaysia sempena menunggu ambang kemerdekaan. Aktiviti kedua pula adalah aktiviti charades iaitu peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama untuk mencadangkan gaya yang hendak di lakonkan oleh wakil kumpulan. Aktiviti ketiga pula ialah aktiviti muzikal chair disekeliling unggun api. Jumlah peserta yang terlibat ialah sebanyak 30 orang.
BEACH CLEAN UP
Aktiviti seterusnya pula bermula pada pukul 4.30 petang iaitu beachclean up di sebelah kiri dan kanan pantai persekitaran resort tersebut. Peralatan penting yang dibawa sepanjang aktiviti berlangsung ialah plastik sampah, gunting dan sarung tangan bagi yang memerlukan. Fungsi utama gunting ini adalah untuk memotong jala-jala ikan yang tersangkut di pokok-pokok yang terdampar di tepi pantai. Aktiviti ini selesai kira-kira jam 6.30 petang selepas kesemua sampah yang dikutip telah dikumpul di hadapan entrance lobby bagi memudahkan pekerjaresort tersebut membawa kesemua sampah tersebut ketempat pelupusan sampah.
BEACH NIGHT DISCOVERY
Aktiviti pada waktu malam pula di teruskan dengan night beach discovery iaitu pada pukul 9.30 malam. Trek aktiviti ini bermula daripada hadapan entrance lobby sehingga hujung pantai. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat kecantikkan lampu di resort-resort lain dan menikmati keindahan pemandangan malam di sekitar Pulau Besar. Setelah sampai ke destinasi terakhir, kami dapat menikmati pemandangan yang indah di langit iaitu banyak bintang-bintang yang menyinar di langit. Kami juga dapat menyaksikan kelip-kelip atau nama lainnya iaitu kunang-kunang di sekitar pokok yang berdekatan.
MEWARNA BATIK
Aktiviti terakhir program ini adalah mewarna batik. Aktiviti ini berlangsung pada pukul 11,00 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari di hadapan entrance lobby tempat dimana pameran hidupan marin diadakan. Lukisan batik tersebut mempunyai pelbagai corak dan salah satunya ialah penyu. Aktiviti ini disertai oleh pelajar politeknik, pelancong luar negara dan pekerja resort itu sendiri. Semua peserta kelihatan sangat bersemangat dan berpuas hati dengan hasil seni masing-masing.














