Wednesday, 2 October 2019

Perlaksanaan Projek

AKTIVITI PROGRAM







SNORKELLING

Pada hari pertama program We Love Marine Life, aktiviti yang telah dijadualkan pada waktu pagi iaitu seawal jam 9 pagi ialah snorkelling. Aktiviti tersebut telah dibatalkan kerana cuaca pada pagi tersebut tidak mengizinkan. Hujan tidak henti-henti selepas subuh serta ombak yang kuat menjadi punca utama aktiviti tersebut dibatalkan serta-merta. Aktiviti tersebut telah digantikan dengan persiapan untuk pameran hidupan marin sehingga hujan berhenti.



PAMERAN "MARINE LIFE"



Aktiviti pada hari kedua bermula pada pukul 9 pagi selepas sarapan pagi iaitu pameran berkaitan hidupan marin. Pameran tersebut terletak di hadapan entrance lobby bagi memudahkan pengunjung yang datang untuk melawat pameran tersebut. Info yang pertama merupakan info mengenai hidupan marin yang terjejas akibat pencemaran di laut. Info yang kedua pula merupakan info mengenai pencemaran plastik, kesan pencemaran plastik, jenis plastik serta langkah bagi mengatasi masalah tersebut. Info yang terakhir pula merupakan info dan gambar mengenai seekor penyu mati yang terdampar di pantai berhadapan banglo resort tersebut.



JUNGLE TREKKING 

Aktiviti  pada hari pertama Program We Love Marine Life  diteruskan dengan aktiviti jungle trekking pada pukul 4.30 petang sehingga pukul 7 petang. Aktiviti ini disertai oleh 17 orang iaitu 6 orang  pelancong dari luar negara, 1 orang pelancong tempatan dan 10 orang pelajar politeknik. Aktiviti ini dikendalikan oleh Encik Amin iaitu salah seorang pekerja di Bayu Lestari Island Resort. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi di sekitar Pulau Besar. Trek yang dilalui agak mencabar kerana permukaannya yang tidak rata serta ranting kayu yang mengganggu perjalanan peserta. Kami juga menyelusuri hutan-hutan dan menembusi  kawasan pantai yang cantik sehingga ke puncak dimana kami dapat melihat pemandangan air laut yang jernih dan tenang.


GLOW IN THE DARK BOWLING

Aktiviti ini dikendalikan oleh kumpulan Glamping Park Bayu Lestari di kawasan lapang berhadapan pantai. Aktiviti ini memerlukan peralatan seperti botol air, glow stick dan buah kelapa. Peserta yang terlibat bukan sahaja dari kalangan pelancong tempatan tetapi juga melibatkan pelancong dari luar negara yang menyaksikan aktiviti tersebut. Terdapat juga dikalangan mereka yang baru sahaja mengenali dan mencuba permainan tersebut terutamanya pelancong luar negara.



CAMPFIRE

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Aktiviti pertama ialah aktiviti menari mengelilingi unggun api dengan berlatar belakangkan lagu irama Malaysia sempena menunggu ambang kemerdekaan. Aktiviti kedua pula adalah aktiviti charades iaitu peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama untuk mencadangkan gaya yang hendak di lakonkan oleh wakil kumpulan. Aktiviti ketiga pula ialah aktiviti muzikal chair  disekeliling unggun api. Jumlah peserta yang terlibat ialah sebanyak 30 orang.



BEACH CLEAN UP

Aktiviti seterusnya pula bermula pada pukul 4.30 petang iaitu beachclean up di sebelah kiri dan kanan pantai persekitaran resort tersebut. Peralatan penting yang dibawa sepanjang aktiviti berlangsung ialah plastik sampah, gunting dan sarung tangan bagi yang memerlukan. Fungsi utama gunting ini adalah untuk memotong jala-jala ikan yang tersangkut di pokok-pokok yang terdampar di tepi pantai. Aktiviti ini selesai kira-kira jam 6.30 petang selepas kesemua sampah yang dikutip telah dikumpul di hadapan entrance lobby bagi memudahkan pekerjaresort tersebut membawa kesemua sampah tersebut ketempat pelupusan sampah.



BEACH NIGHT DISCOVERY 


Aktiviti pada waktu malam pula di teruskan dengan night beach discovery iaitu pada pukul 9.30 malam. Trek aktiviti ini bermula daripada hadapan entrance lobby sehingga hujung pantai. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat kecantikkan lampu di resort-resort lain dan menikmati keindahan pemandangan malam di sekitar Pulau Besar. Setelah sampai ke destinasi terakhir, kami dapat menikmati pemandangan yang indah di langit iaitu banyak bintang-bintang yang menyinar di langit. Kami juga dapat menyaksikan kelip-kelip atau nama lainnya iaitu kunang-kunang di sekitar pokok yang berdekatan.


MEWARNA BATIK


Aktiviti terakhir program ini adalah mewarna batik. Aktiviti ini berlangsung pada pukul 11,00 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari di hadapan entrance lobby tempat dimana pameran hidupan marin diadakan. Lukisan batik tersebut mempunyai pelbagai corak dan salah satunya ialah penyu. Aktiviti ini disertai oleh pelajar politeknik, pelancong luar negara dan pekerja resort itu sendiri. Semua peserta kelihatan sangat bersemangat dan berpuas hati dengan hasil seni masing-masing.









Cadangan Projek

PERTUBUHAN NON-GOVERMEN ORGANIZATION







Marine Ecology Organization   telah ditubuhkan pada tahun 2019. Tujuan penubuhan organisasi ini adalah untuk menjalankan program sukarelawan iaitu We Love Marine Life bagi mengendalikan isu-isu kehidupan marin. Sukarelawan yang terlibat ialah: Pelancong tempatan & luar negara Pelajar IPT dalam & luar negara

VISI : Untuk kehidupan marin Pulau Besar, agar dilindungi, dikendalikan dan dipelihara secara berkesan untuk manfaat dan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia
MISI : Pertukaran dan berkongsi pengetahuan dengan komuniti dan pihak berkuasa tempatan melalui bengkel, perbincangan dan aktiviti.




LAMAN SOSIAL

Website : https://eco.bayulestariis landresort.com.my
Facebook : Marine Ecology Organization
Instagram : Marine.ecology


Instagram : Marine.ecology


 Facebook : Marine Ecology Organization


Website : https://eco.bayulestariis landresort.com.my

Timeline


TIMELINE (dalam jangka masa 2 tahun)


Kepentingan


KEPENTINGAN KAJIAN

        Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya ialah kepada pihak komuniti setempat. Penglibatan komuniti dalam program sukarelawan seperti ini dapat memberi didikan kepada komuniti tentang alam sekitar dan memberi peluang baru kepada mereka dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan.

          Selain itu, ia juga penting kepada alam sekitar kita kerana alam sekitar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

          Kajian ini juga penting kepada industry pelancongan kia di Malaysia. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Objektif Kajian


1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1) Memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga hidupan laut supaya ekosistem mereka tidak terancam dan pupus.

2) Memelihara alam sekitar dan habitat hidupan laut di Pulau Besar supaya dapat menarik ramai pelancong untuk datang selain melakukan aktiviti air seperti snorkelling.

3) Membiakkan terumbu karang secara semulajadi yang akan menambah baik landskap dan populasi ikan di kawasan Pulau Besar.




          Kajian ini dilakukan di Pulau Besar, Mersing yang terletak di Johor. Skop kajian ini akan melibatkan proses pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan dengan alam sekitar dan hidupan marin di sekitar Bayu Lestari Island Resort, Pulau Besar. Maklumat-maklumat berkenaan seperti pembuangan sampah terutamanya plastik di sekitar Bayu Lestari Island Resort tersebut turut diambil kira kerana ia sebagai salah satu maklumat penting sepanjang menjalankan projek ini.

          Kajian ini juga tertumpu kepada kawasan pantai sekitar Bayu Lestari Island Resort kerana ia salah satu kawasan yang penuh dengan sampah-sarap yang dibuang sesuka hati oleh pelancong-pelancong yang menginap disitu. Bukan hanya plastik, malah terdapat juga jala ikan yang dibawa arus laut dan akhirnya terdampar di pantai sekitar resort tersebut. Berdasarkan maklumat daripada pekerja disitu, jala ikan tersebut kebiasaannya dilepaskan oleh nelayan tempatan sekiranya jala mereka tersangkut di permukaan air laut.

Penyataan Masalah

PENYATAAN MASALAH






       Sikap kurang kesedaran tentang alam sekitar oleh segelintir masyarakat terutamanya pelancong dari dalam dan luar negara semasa mereka melancong ke suatu tempat. Hal ini bermula apabila mereka melakukan suatu aktiviti semasa mereka melancong seperti membeli-belah, makan-makan, melakukan aktiviti di persisiran pantai dan lain-lain lagi. Aktiviti seperti ini akan mengundang kepada pembuangan sampah-sarap di persekitaran mereka sekaligus dapat mengundang kesan negatif kepada persekitaran mereka. Contohnya, semasa mereka melakukan aktiviti di pantai, secara tidak langsung mereka akan membuang sampah mereka di persisiran pantai seperti tin minuman, botol plastik, plastik makanan dan seangkatan dengannya. Hal ini akan menyebabkan landskap pantai tercemar dengan imejnya yang dipenuhi dengan sampah sarap sekaligus akan memberi impak negatif kepada hidupan marin.

      
             Pembuangan sampah sarap secara berleluasa dan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan merupakan isu utama yang menyebabkan hidupan marin di Pulau Besar, Mersing semakin terjejas seperti terumbu karang, ikan-ikan dan spesis marin yang lain. Pelbagai proses dan aktiviti dari industri seperti pembuangan sisa,rawatan sisa dari pembuatan kosmetik, tekstil dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran plastik yang berleluasa. Hidupan marin merupakan ekosistem yang mendapat impak terbesar hasil daripada pencemaran plastik yang tidak terkawal ini. Serpihan plastik yang sering dijumpai di laut adalah termasuk plastik mikro dan makro. Apakah yang dimaksudkan dengan plastik mikro? Plastik mikro adalah bahan plastik yang bersaiz sangat kecil iaitu kurang dari 5 mm dan kebiasaannya merupakan bahan buangan daripada industri. Ia terhasil daripada sisa buangan plastik yang bersaiz lebih besar dan bertukar menjadi saiz mikro apabila terlibat dengan proses seperti fotodegradasi, fragmentasi dan lain-lain.

         Kerosakan terumbu karang di sekitar Pulau Besar di sebabkan oleh aktiviti manusia seperti snorkelling, island hopping dan termasuk juga kesan pencemaran dan peringkat suhu dunia, telah menyumbang kepada kemusnahan batu karang. Selain itu, kerosakkan terumbu karang juga berlaku kerana kurang kesedaran para pelancong mengenai ekosistem hidupan laut dan mereka juga tidak tahu bahawa betapa pentingnya terumbu karang untuk ekosistem di laut. Mereka masih tidak menyedari ketika ini sedang berlakunya kelunturan terumbu karang, atau bahasa mudahnya, terumbu karang mati dengan perlahan-lahan ini juga berpunca daripada peningkatan keasidan air laut yang mendorong kepupusan terumbu karang. Kerosakkan terumbu karang juga boleh menyebabkan kehidupan marin yang lain boleh terjejas. Hali ini kerana, terumbu karang merupakan sumber makanan dan habitat kepada ikan selain menjadikan perlindungan kepada haiwan kecil.



Monday, 30 September 2019

Pengenalan


 PENGENALAN PROJEK



     Projek “ We Love Marine Life “ merupakan projek yang diadakan di Pulau Besar, Mersing, Johor kolaborasi bersama dengan Bayu Lestari Island Resort . Projek ini adalah mengenai menyelamatkan hidupan laut di Pulau Besar yang semakin terancam atas sebab kurang kesedaran penduduk tempatan dan pelancong yang melancong di situ mengenai kepentingan dan kebaikan hidupan laut kepada kita. Projek ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada semua orang mengenai hidupan laut. Fokus utama projek “ We Love Marine Life “ adalah ingin menyelamatkan batu karang semakin pupus di lautan . Kami memberi focus kepada batu karang atau lebih dikenali sebagai “ Coral “ kerana batu karang merupakan hidupan laut dan juga dikenali sebagai hutan di lautan.



LATAR BELAKANG INDUSTRI KOLABORASI


Hasil gambar untuk LOGO BAYU LESTARI

     Kami memilih untuk berkolaborasi bersama Bayu Lestari Island Resort kerana Resort tersebut terletak di Pulau Besar . Pulau Besar juga telah dikenali sebagai Taman Laut oleh Pejabat Taman Laut